Tarikh English Version | Laman Utama | E-Mel | Peta Laman | Log Masuk
PERUNDANGAN >>
Takrif Suapan | Kesalahan Rasuah | Peruntukan Undang-Undang | Keputusan Mahkamah
 
Peruntukan Undang-Undang
Akta Pencegahan Rasuah 1997
Ordinan No. 22 Dharurat, 1970 berkaitan rasuah
Akta Kastam 1967(Disemak 1980) berkaitan rasuah (167)
Kanun Keseksaan (Akta 574)
Akta Kesalahan Pilihanraya berkaitan rasuah
Akta Pengubahan Wang Haram 2001 berkaitan rasuah
 

Takrif Suapan

  • wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  • apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  • apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  • apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  • apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  • apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  • apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;