Pengenalan

Bahagian I

Bahagian III

Bahagian V Bahagian VII

Susunan Seksyen

Bahagian II

Bahagian IV Bahagian VI Bahagian VIII
Bahagian VIII
BAHAGIAN VIII AM

Perlindungan
Pegawai
Badan.
54. Tiada prosiding undang-undang, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap mana-mana pegawai Badan atau mana-mana orang lain yang membantu pegawai itu atas apa-apa perbuatan yang dilakukan dengan suci hati atau atas apa-apa yang ditinggalkan dengan suci hati oleh pegawai atau orang lain itu.

Tanggungan
bagi
kesalahan
di luar
Malaysia.
55. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah, berhubungan dengan warganegara dan pemastautin tetap Malaysia mempunyai kuatkuasa di luar dan di dalam Malaysia, dan jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan di mana-mana tempat di luar Malaysia oleh mana-mana warganegara atau pemastautin tetap, dia boleh diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia. (2) Apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menjadi galangan terhadap prosiding kemudiannya terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi galangan terhadap prosiding selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan ekstradisi orang-orang, berkenaan dengan kesalaban yang sama, di luar Malaysia.

Pemakaian
peruntukan
akta ini bagi
kesalahan
ditetapkan.
56. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi sesuatu kesalahan ditetapkan tidak kira sama ada pendakwaan atau apa-apa prosiding lain berkenaan dengan kesalahan itu dimulakan atau diambil oleh seseorang pegawai Badan, atau seseorang pegawai polis atau pegawai kastam, atau mana-mana pegawai lain yang mempunyai kuasa untuk menyiasat, mendakwa atau mengambil apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan itu.

Kesalahan Am
57. Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perintah, arahan atau notis yang dikeluarkan oleh atau bagi pihak sesuatu mahkamah, Pendakwa Raya, atau seseorang pegawai Badan pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta ini, adalah melakukan suatu kesalahan.

Penalti Am
58. Tiap-tiap orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan khusus boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kuasa
Pegawai Polis
Di bawah
akta ini.
59. Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh mengurangkan kuasa seseorang pegawai polis untuk menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk mendakwa mana-mana orang berkenaan dengan mana- mana kesalahan sedemikian, asalkan peruntukan Akta ini dipatuhi.

Kuasa Menteri
untuk membuat
perintah dan
kaedah.
60. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan apa- apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis menjadi kesalahan ditetapkan. (2) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik dan lebih mudah dan, tanpa menjejaskan keluasan peruntukan ini, Menteri boleh membuat kaedah- kaedah bagi- (a) membuat peruntukan tentang bentuk apa-apa notis, perintah, akuan atau perkara lain di bawah Akta ini; dan (b) mengadakan peruntukan bagi penyampaian atau penyerahan apa-apa notis, perintah, arahan, petunjuk, kehendak atau perkara lain yang dilakukan dengan sah di bawah Akta ini.

Pemansuhan.
Akta 57.
Akta 271.
61. Akta Pencegahan Rasuah 1961 dan Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 adalah dimansuhkan.

Peralihan.


Akta 271.
62. (1) Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tindakan yang diambil sebelum Akta ini mula berkuatkuasa oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan di bawah Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 hendaklah disifatkan telah dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan oleh itu boleh diteruskan oleh pegawai itu. (2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 6 Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan berkuatkuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa hendaklah, apabila Akta ini mula berkuatkuasa, terus berkuatkuasa sepenuhnya dan boleh dibatalkan atau dipinda mengikut Akta ini. (3) Peruntukan Akta ini yang berhubungan semata-mata dengan tatacara dan keterangan hendaklah terpakai bagi apa-apa kesalahan terhadap undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 61 dan peruntukan itu boleh digunakan dalam apa-apa penyiasatan yang belum selesai dan dalam mana-mana prosiding mahkamah yang dimulakan sebelum atau selepas Akta ini mula berkuatkuasa berkenaan dengan kesalahan itu.