Bahagian VII |
| BAHAGIAN VII |
PENDAKWAAN DAN PERBICARAAN KESALAHAN |
Pendakwaan
Kesalahan. |
50. Pendakwaan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya. |
Percantuman
kesalahan.
N.M.B.
Bab 6. |
51. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 164 Kanun Tatacara Jenayah, jika seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan itu yang dilakukan dalam apa-apa tempoh masa. |
Pemeriksaan
pesalah |
52. (1) Bilamana dua orang atau lebih dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah boleh, atas permohonan bertulis Pendakwa Raya, menghendaki seorang atau lebih seorang daripada mereka supaya memberikan keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwa. (2) Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang enggan membuat sumpah atau ikrar atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama sebagaimana saksi yang enggan sedemikian boleh diperlakukan di sisi undang-undang oleh mahkamah. (3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki supaya memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang, pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah, hendaklah berhak menerima perakuan tanggung rugi di bawah meterai mahkamah itu yang menyatakan bahawa orang itu telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi galangan bagi segala prosiding undang- undang terhadapnya berkenaan dengan semua benda itu. (4) Sesuatu permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh dikemukakan kepada mahkamah oleh pegawai yang menjalankan pendakwaan. |
Perlindungan
pemberi
maklumat
dan
maklumat. |
53. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai Badan menyatakan bahawa aduan itu dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, maklumat yang disebut dalam aduan itu dan identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu, dan segala-gala yang terkandung dalam maklumat itu, identiti orang yang memberikan maklumat itu dan segala hal keadaan lain yang berhubungan dengan maklumat itu, termasuk tempat maklumat itu diberikan, tidak boleh didedahkan atau diperintahkan atau dikehendaki supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain. (2) Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain, atau apa-apa rakaman tampak atau bunyi, atau benda atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa catatan atau benda lain yang menamakan atau memperihalkan atau menunjukkan mana-mana orang yang memberikan maklumat itu, atau yang mungkin membawa kepada penzahiran identitinya, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan segala bahagian dokumen, rakaman, benda atau bahan itu atau petikan dalamnya disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan atau selainnya dihapuskan setakat yang perlu untuk melindungi identiti orang itu daripada terzahir. (3) Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) sedangkan dia tahu bahawa maklumat itu adalah palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan adalah juga boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan bagi maksud apa-apa penyiasatan atau pendakwaan apa-apa kesalahan di bawah subseksyen ini subseksyen (1) dan (2) tidaklah terpakai. |
|
|
|
|
|
|