Pengenalan

Bahagian I

Bahagian III

Bahagian V Bahagian VII

Susunan Seksyen

Bahagian II

Bahagian IV Bahagian VI Bahagian VIII
Bahagian VI
BAHAGIAN VI KETERANGAN

Anggapan
dalam
kesalahan
tertentu.
42. (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana- mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 adalah dibuktikan bahawa apa- apa suapan telah disetuju-terima atau dipersetujui untuk disetuju-terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan, atau ditawarkan oleh atau kepada tertuduh, suapan itu hendaklah dianggap telah disetuju-terima atau dipersetujui untuk disetuju-terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan atau ditawarkan secara rasuah sebagai dorongan atau upah bagi atau kerana perkara- perkara yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.


Akta 574.
(2) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana- mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 161, 162, 163 atau 164 Kanun Keseksaan, adalah dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju-terima atau bersetuju ntuk menyetuju-terima, atau memperoleh atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian sebagai motif atau upah bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan. (3) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana- mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju-terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa benda berharga tanpa balasan atau dengan balasan yang orang itu tahu tidak memadai, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian dengan mengetahui hal keadaan yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.


Akta 235.
(4) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana- mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah perenggan 137(1)(b) Akta Kastam 1967 adalah dibuktikan bahawa mana-mana pegawai kastam atau orang lain yang diambil kerja dengan sewajarnya bagi pencegahan penyeludupan telah menyetuju-terima, bersetuju untuk menyetuju-terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa sogokan, ganjaran, imbalan, atau upah, pegawai atau orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian untuk mengabaikan atau tidak melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.

Keterangan
sokongan.
43. Dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 Akta ini, atau di bawah seksyen 161, 162, 163, 164, 165, 213, 214 atau 215 Kanun Keseksaan, atau di bawah perenggan 137(1)(b) Akta Kastam 1967, bolehlah dibuktikan bahawa pada atau sekitar masa kesalahan yang dikatakan itu, atau pada bila-bila masa selepas itu, tertuduh, atau mana-mana saudara atau sekutunya- (a) memegang apa-apa harta yang tentangnya dia, atau saudara atau sekutunya, mengikut mana- mana yang berkenaan, tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan hati tentang bagaimana harta itu sampai ke dalam pemunyaan, milikan, jagaan atau kawalannya; atau (b) telah membuat apa-apa urusan bagi pemerolehan apa-apa harta dan dia tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan hati tentang balasan yang baginya harta itu akan diperoleh, dan keterangan yang berhubungan dengannya hendaklah dianggap menyokong apa-apa keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu.

Keterangan
rakan
sejenayah
dan ejen
provokasi.
44. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini- (a) tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya semata-mata kerana saksi itu telah- (i) menyetuju-terima, memperoleh, meminta, bersetuju untuk menyetuju-terima atau menerima, atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan daripada mana-mana orang; (ii) memberikan, menjanjikan, menawarkan atau bersetuju untuk memberikan apa- apa suapan; atau (iii) telah dengan apa-apa cara terlibat dalam pelakuan kesalahan itu atau tahu tentang pelakuan kesalahan itu; (b) tiada ejen provokasi, sama ada dia pegawai Badan atau tidak, boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata kerana dia telah cuba melakukan, atau bersubahat dalam, telah bersubahat dalam atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu; dan (c) apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis yang dibuat kepada seseorang ejen provokasi oleh orang itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya. (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, sesuatu sabitan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana rakan sejenayah atau ejen provokasi tidaklah tak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.

Keboleh-
terimaan
pernyataan
orang
tertuduh.
45. (1) Dalam mana-mana perbicaraan atau siasatan oleh sesuatu mahkamah tentang suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak, secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan, oleh seseorang orang tertuduh kepada atau dengan didengar oleh mana-mana pegawai Badan, sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai lain Badan atau mana-mana orang, sama ada yang terlibat atau tidak dalam penangkapan orang itu, hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan orang itu dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, mana-mana pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya. (2) Tiada pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diterima atau digunakan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen itu jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang pada pendapatnya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya. (3) Jika seseorang ditangkap atau dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah disampaikan padanya suatu notis bertulis, yang hendaklah diterangkan kepadanya, yang bermaksud seperti yang berikut: "Kamu telah ditangkap/dimaklumkan bahawa kamu mungkin didakwa atas ... ( kesalahan di bawah Akta ini yang mungkin dipertuduhkan ). Adakah kamu hendak mengatakan apa-apa? Jika ada apa-apa fakta yang hendak kamu gunakan dalam pembelaan kamu di mahkamah, kamu dinasihati supaya menyatakannya sekarang. Jika kamu tidak menyatakannya sehingga kamu pergi ke mahkamah, kurang kemungkinan keterangan kamu akan dipercayai dan ini akan membawa kesan buruk kepada kes kamu pada amnya. Jika kamu ingin menyatakan apa-apa fakta sekarang, dan kamu mahu ia ditulis, ini akan dilakukan.". (4) Walau apa pun subseksyen (3), sesuatu pernyataan oleh mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang dibuat sebelum ada masa untuk menyampaikan notis di bawah subseksyen itu tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata kerana tiada notis sedemikian telah disampaikan kepada orang itu jika notis sedemikian disampaikan padanya dengan seberapa segera yang semunasabahnya mungkin selepas itu. (5) Tiada pernyataan yang dibuat oleh seseorang orang tertuduh pada menjawab notis bertulis yang disampaikan padanya menurut subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai pernyataan yang disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji sebagaimana yang diperihalkan dalam subseksyen (2), jika pernyataan itu dibuat selainnya dengan sukarela. (6) Jika dalam mana-mana prosiding jenayah terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, keterangan diberikan bahawa tertuduh, apabila dimaklumkan bahawa dia mungkin didakwa kerananya, gagal menyatakan apa-apa fakta, iaitu fakta yang dalam hal keadaan yang wujud pada masa itu dia semunasabahnya dapat dijangkakan akan menyatakannya apabila dimaklumkan sedemikian, maka mahkamah, dalam menentukan sama ada pihak pendakwa sudah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan dalam menentukan sama ada tertuduh bersalah atas kesalahan yang dipertuduhkan, boleh membuat apa-apa kesimpulan daripada kegagalan itu sebagaimana yang pada pendapatnya patut; dan kegagalan itu boleh, berasaskan kesimpulan itu, dikira sebagai, atau sebagai dapat terjumlah kepada, sokongan apa-apa keterangan yang diberikan terhadap tertuduh yang berhubungan dengannya kegagalan itu adalah suatu perkara matan. (7) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (6) boleh, dalam mana-mana prosiding jenayah- (a) menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan perbuatan berdiam diri atau apa-apa reaksi lain tertuduh semasa apa-apa jua dikatakan dalam kehadirannya berhubungan dengan kelakuan yang berkenaan dengannya dia dipertuduh, setakat yang keterangan sedemikian akan boleh diterima selain daripada oleh sebab subseksyen itu; atau (b) dikira sebagai menghalang pembuatan apa-apa kesimpulan daripada apa-apa perbuatan berdiam diri atau reaksi lain tertuduh yang dapat dibuat selain daripada oleh sebab subseksyen itu.

Keboleh-
terimaan
pernyataan
dan dokumen
orang yang
sudah mati
atau tidak
dapat
dikesan, dsb.
46. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini- (a) apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seseorang pegawai Badan semasa sesuatu penyiasatan di bawah Akta ini; dan (b) apa-apa dokumen, atau salinan apa-apa dokumen, yang disita daripada mana-mana orang oleh seseorang pegawai Badan pada menjalankan kuasa-kuasanya di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana- mana prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana- mana mahkamah, jika orang yang membuat pernyataan atau dokumen itu atau salinan dokumen itu sudah mati, atau tidak dapat dikesan atau ditemui, atau sudah menjadi tak berupaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat mahkamah tidak munasabah.

perakuan
tentang
kedudukan
atau jawatan
yang
dipegang.
47. (1) Perakuan yang dikeluarkan oleh seseorang principal atau seseorang pegawai bagi pihak prinsipalnya hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana- mana prosiding terhadap mana-mana orang atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai bukti prima facie bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan itu- (a) telah memegang kedudukan, jawatan atau sifat yang dinyatakan dalam perakuan itu dan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian; dan (b) telah menerima emolumen yang dinyatakan dalam perakuan itu. (2) Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti
prima facie
bahawa perakuan itu telah dikeluarkan oleh orang yang berupa sebagai telah mengeluarkannya selaku prinsipal atau bagi pihak prinsipal itu tanpa bukti tentang tandatangan orang yang mengeluarkan perakuan itu dan tanpa bukti tentang kuasa orang itu untuk mengeluarkannya.

Keboleh-
terimaan
terjemahan
dokumen.
48. (1) Jika apa-apa dokumen yang digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah boleh diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang benar dan tepat dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak Pendakwa Raya atau seorang pegawai Badan. (2) Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh pihak pendakwa di dalam atau di luar Malaysia.

Keterangan
tentang
kelaziman
tidak boleh
diterima.
49. Dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini, keterangan tidak boleh diterima untuk menunjukkan bahawa apa-apa suapan yang tersebut dalam Akta ini adalah suatu kelaziman dalam apa-apa profession, pertukangan, kerjaya atau pekerjaan atau dalam sesuatu upacara sosial.