Bahagian V |
| BAHAGIAN V |
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN
PENDAKWA RAYA |
Penyiasatan
Akaun Syer,
Pembelian,
dsb. |
31. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang- undang bertulis yang lain atau mana-mana rukun undang- undang, Pendakwa Raya, jika dia berpuas hati bahawa itu perlu bagi maksud apa-apa penyiasatan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh memberi kuasa secara bertulis seseorang pegawai Badan yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi untuk menjalankan berhubungan dengan mana-mana bank yang dinyatakan dalam pemberikuasaan itu segala kuasa penyiasatan yang dinyatakan dalam subseksyen (2). (2) Seseorang pegawai Badan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, berhubungan dengan bank yang berkenaan dengannya dia diberi kuasa sedemikian- (a) memeriksa dan mengambil salinan mana-mana buku bank, akaun bank atau apa-apa dokumen yang dipunyai oleh atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalan bank itu; (b) memeriksa dan mengambil salinan mana-mana akaun syer, akaun pembelian, akaun perbelanjaan atau apa-apa akaun lain kepunyaan mana-mana orang yang disimpan di bank itu; (c) memeriksa kandungan mana-mana peti simpan selamat di bank itu; atau (d) meminta apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan mana-mana dokumen, akaun atau barang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c). (3) Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2), seseorang pegawai Badan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh mengambil milik apa-apa buku, dokumen, akaun, hakmilik, sekuriti atau wang tunai yang dia mempunyai akses kepadanya di bawah subseksyen itu jika pada pendapat pegawai itu- (a) pemeriksaannya, penyalinannya atau pengambilan cabutan daripadanya, tidak dapat semunasabahnya dibuat tanpa mengambil miliknya; (b) ia mungkin diganggu atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil miliknya; atau (c) ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang- undang bertulis lain. (4) Mana-mana orang yang dengan sengaja tidak atau enggan mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, dokumen atau barang yang disebut dalam subseksyen (2) kepada pegawai Badan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (5) Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun atau dokumen atau barang kepada seseorang pegawai Badan yang diberi kuasa, baik orang yang mula-mula disebut itu mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya orang yang mula-mula disebut itu bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa- apa pendakwaan, kecuali pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 19, bagi apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang- undang, atau di bawah atau menurut kuasa mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. |
Kuasa
Pendakwa
Raya untuk
memperoleh
maklumat |
32. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, Pendakwa Raya, jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai, berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh seseorang pegawai Badan, bahawa apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, boleh dengan notis bertulis- (a) menghendaki mana-mana orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar- (i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya dia mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain; (ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu; (iii) yang menyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan jika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa; (iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindahmilikkan, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; (v) yang menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan hartanya, perniagaannya, perjalanannya, atau kegiatan-kegiatannya yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan (vi) yang menyatakan segala punca pendapatannya, perolehannya atau asetnya; (b) menghendaki mana-mana saudara atau sekutu orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), atau mana-mana orang lain yang Pendakwa Raya ada sebab untuk mempercayai dapat membantu dalam penyiasatan itu, supaya memberikan pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar- (i) yang mengenal pasti tiap-tiap harta, sama ada alih atau tak alih, sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang dipunyai atau dimiliki olehnya, atau yang mengenainya orang itu mempunyai apa-apa kepentingan, sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, dan menyatakan tarikh setiap harta yang dikenal pasti itu diperoleh dan cara bagaimana ia diperoleh, sama ada dengan jalan urus niaga, bekues, devis, pewarisan, atau apa-apa cara lain; (ii) yang mengenal pasti tiap-tiap harta yang dihantar keluar dari Malaysia olehnya dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu; (iii) yang menyatakan nilai anggaran dan tempat terletaknya setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan j ika mana-mana harta itu tidak dapat diketahui tempat letaknya, sebab mengapa; (iv) yang menyatakan berkenaan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii) sama ada harta itu dipegang olehnya atau oleh mana-mana orang lain bagi pihaknya, sama ada harta itu telah dipindahmilikkan, dijual kepada atau disimpan dengan mana-mana orang, sama ada harta itu telah susut nilainya sejak dia memperolehnya, dan sama ada ia telah berbaur dengan harta lain yang tidak dapat dipisahkan atau dibahagikan tanpa kesukaran; (v) yang menyatakan segala maklumat lain yang berhubungan dengan setiap harta yang dikenal pasti di bawah subperenggan (i) dan (ii), dan perniagaan, perjalanan, atau kegiatan-kegiatan lain orang itu; dan (vi) yang menyatakan segala punca pendapatan, perolehan atau aset orang itu; dan (c) menghendaki mana-mana pegawai mana-mana bank atau institusi kewangan, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan hal-ehwal mana-mana bank atau mana-mana institusi kewangan, supaya memberikan salinan mana-mana atau semua akaun, dokumen dan rekod yang berhubungan dengan mana-mana orang yang kepadanya notis dikeluarkan di bawah perenggan (a) atau (b). (2) Tiap-tiap orang yang kepadanya notis dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, mematuhi terma notis itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, dan mana-mana orang yang dengan sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi terima notis itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun dan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit. (3) Jika Pendakwa Raya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pegawai badan awam yang kepadanya telah disampaikan notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang apa-apa kepentingan dalam apa-apa harta yang berlebih-lebihan, setelah diambil kira emolumennya yang sekarang dan yang lalu dan segala hal keadaan yang relevan, Pendakwa Raya boleh dengan arahan bertulis menghendakinya memberikan pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang menjelaskan bagaimana dia dapat mempunyai, memiliki, mengawal atau memegang lebihan itu dan jika dia tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagi lebihan itu, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh- (a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. (4) Tiap-tiap orang yang kepadanya suatu arahan dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (3) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, mematuhi terima arahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam arahan itu, dan jika orang itu dengan sengaja mengabaikan atau tidak mematuhi arahan itu dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh- (a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun; dan (b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai lebihan itu, jika lebihan itu dapat dinilai, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. (5) Tiap-tiap orang yang kepadanya notis atau arahan dihantar oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini hendaklah terikat untuk menyatakan yang benar dan hendaklah mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau tersedia untuknya atau yang dapat diperoleh olehnya. (6) Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa akaun, dokumen atau rekod, sebagai jawapan bagi apa-apa notis di bawah subseksyen (1), orang itu, ejennya atau pekerjanya, atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya atau atas arahannya, tidak boleh semata-mata oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau di bawah atau menurut kuasa apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. (7) Subseksyen (6) tidaklah menggalang, menghalang atau melarang pemulaan apa-apa pendakwaan bagi apa- apa kesalahan- (a) sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini; (b) memberikan keterangan palsu berhubungan dengan apa-apa pernyataan dengan bersumpah atau berikrar yang diberikan kepada Pendakwa Raya menurut seksyen ini; atau (c) yang diperuntukkan dalam seksyen 19. |
Penyitaan
harta alih
di bank. |
33. (1) Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai Badan bahawa apa-apa harta alih, termasuk apa- apa instrumen wang atau apa-apa pertambahan kepadanya, yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau keterangan berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu, ada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu bank, dia boleh, walau apa pun mana-mana undang- undang bertulis lain atau rukun undang-undang, dengan perintah mengarahkan bank itu supaya tidak melepaskan, berurusan tentang, atau selainnya melupuskan harta itu atau mana-mana bahagiannya sehingga perintah itu dibatalkan atau diubah. (2) Sesuatu bank atau mana-mana ejen atau pekerja sesuatu bank tidak boleh, oleh sebab pematuhan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau di bawah atau atau menurut kuasa apa-apa kontrak, perjanjian, atau perkiraan, atau selainnya. (3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda amaun yang dibayar dengan melanggar perintah Pendakwa Raya itu atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. |
Penyitaan
harta tak
alih. |
34. (1) Jika Pendakwa Raya berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh seseorang pegawai Badan bahawa apa-apa harta tak alih ialah hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau keterangan pelakuan kesalahan itu, harta itu boleh disita, dan penyitaan hendaklah dilaksanakan- (a) dengan pengeluaran Notis Penyitaan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan butir-butir harta tak alih yang disita itu setakat yang butir-butir itu diketahuinya, dan melarang segala urusan tentang harta tak alih itu; (b) dengan menyiarkan suatu salinan Notis itu dalam dua akhbar yang diedarkan di Malaysia, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan dan yang satu lagi dalam bahasa Inggeris; dan (c) dengan menyampaikan suatu salinan Notis itu pada Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Semenanjung Malaysia, atau Pendaftar Hakmilik atau Pemungut Hasil Tanah, mengikut mana- mana yang berkenaan, di Sabah, atau pada Pengarah Tanah dan Ukur atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, di Sarawak, bagi kawasan tempat terletaknya harta tak alih itu. (2) Pentadbir Tanah, Pemungut Hasil Tanah, Pengarah Tanah dan Ukur, Pendaftar Hakmilik atau Pendaftar yang bertanggungjawab bagi hakmilik tanah, mengikut mana- mana yang berkenaan, yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta apabila disampaikan kepadanya Notis Penyitaan di bawah subseksyen (1) mencatatkan terma Notis Penyitaan itu pada dokumen hakmilik yang berkenaan dengan harta tak alih itu dalam Daftar di pejabatnya. (3) Jika catatan tentang Notis Penyitaan telah dibuat di bawah subseksyen (2), Notis itu hendaklah mempunyai kesan melarang segala urusan berkenaan dengan harta tak alih itu, dan selepas catatan itu dibuat tiada urusan berkenaan dengan harta tak alih itu boleh didaftarkan, tidak kira sama ada ia disempurnakan sebelum atau selepas pengeluaran Notis itu atau pembuatan catatan itu. (4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi sesuatu urusan yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain. (5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan, atau menyebabkan, pelanggaran subseksyen (2) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta yang berkenaan dengannya perintah Pendakwa Raya telah dilanggar, atau lima puluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. (6) Jika suatu Notis Penyitaan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1), adalah menjadi kesalahan bagi tuan punya berdaftar harta tak alih yang disita di bawah Notis itu, atau bagi mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta tak alih itu, yang tahu tentang Notis itu, m embuat perjanjian dengan disedarinya dengan mana-mana orang untuk menjual, memindahmilikkan, atau selainnya melupuskan atau membuat urusan tentang, keseluruhan atau sebahagian daripada harta tak alih itu. |
Larangan
urusan
tentang harta
di luar
Malaysia. |
35. Jika Pendakwa Raya berpuas hati bahawa apa-apa harta ialah hal perkara sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, dan harta itu dipegang atau didepositkan di luar Malaysia, dia boleh membuat suatu permohonan melalui afidavit kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah yang melarang orang yang memegang harta itu atau yang dengannya harta itu didepositkan membuat urusan tentang harta itu. |
Pelucuthakan
harta apabila
pendakwaan
dibuat bagi
sesuatu
kesalahan. |
36. (1) Dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan apa-apa harta yang dibuktikan menjadi hal perkara kesalahan itu atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu jika- (a) kesalahan itu telah dibuktikan terhadap tertuduh; atau (b) kesalahan itu tidak dibuktikan terhadap tertuduh, tetapi mahkamah berpuas hati- (i) bahawa tertuduh bukan pemunya yang sebenar atau sah harta itu; dan (ii) bahawa tiada orang lain berhak kepada harta itu sebagai pembeli dengan suci hati dengan balasan berharga. (2) Jika kesalahan itu dibuktikan terhadap tertuduh tetapi harta yang disebut dalam subseksyen (1) telah dilupuskan atau tidak dapat dikesan, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya tertuduh membayar, sebagai penalti, suatu jumlah wang yang bersamaan dengan amaun suapan atau yang, pada pendapat mahkamah, merupakan nilai suapan yang diterima oleh tertuduh, dan apa-apa penalti sedemikian hendaklah boleh didapatkan sebagai denda. |
Pelucuthakan
harta jika
tiada
pendakwaan
bagi sesuatu
kesalahan. |
37. (1) Jika berkenaan dengan apa-apa harta yang disita di bawah Akta ini tiada pendakwaan atau sabitan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, Pendakwa Raya boleh, sebelum tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaan itu, memohon kepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah bagi pelucuthakan harta itu jika dia berpuas hati bahawa harta itu telah diperoleh hasil daripada atau berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15. (2) Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah menyebabkan suatu notis disiarkan dalam Warta memanggil mana-mana orang yang menuntut bahawa dia mempunyai kepentingan mengenai harta itu hadir di hadapan Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak patut dilucuthakkan. (3) Jika Hakim yang kepadanya permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) berpuas hati- (a) bahawa harta itu ialah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; dan (b) tiada pembelian suci hati dengan balasan berharga berkenaan dengan harta itu, dia hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan harta itu. (4) Harta yang berkenaan dengannya tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah, apabila tamat tempoh dua belas bulan dari tarikh penyitaannya, dilepaskan kepada orang yang daripadanya harta itu disita. |
Membuat
urusan
tentang harta
selepas
penyitaan
adalah tak
sah. |
38. (1) Jika apa-apa harta disita di bawah Akta ini, dan selagi penyitaan itu berkuatkuasa, apa-apa urusan yang dilaksanakan oleh mana-mana orang atau antara mana-mana orang berkenaan dengan harta itu, kecuali apa-apa urusan yang dilaksanakan di bawah Akta ini atau menurut kuasa Akta ini oleh seseorang pegawai sesuatu badan awam atas sifatnya sebagai pegawai sedemikian, atau selainnya oleh atau bagi pihak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau suatu pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun lain, adalah batal dan tak sah, dan tidak boleh didaftarkan atau selainnya diberi kuatkuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa. (2) Subseksyen (1) adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan subseksyen 34(3) dan (4). (3) Selagi sesuatu penyitaan apa-apa harta di bawah Akta ini berkuatkuasa, tiada tindakan, guaman atau prosiding lain yang bersifat sivil boleh dimulakan, atau jika ia belum selesai sebelum saja penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, di mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain berkenaan dengan harta yang disita sedemikian, dan tiada penahanan, pelaksanaan atau proses lain yang seumpama itu boleh dimulakan, dan jika apa-apa proses sedemikian belum selesai sebelum penyitaan itu, dikekalkan atau diteruskan, berkenaan dengan harta itu oleh sebab apa- apa tuntutan, penghakiman atau dekri, tidak kira sama ada tuntutan itu telah dibuat atau penghakiman atau dekri itu telah diberikan sebelum atau selepas penyitaan itu dilaksanakan, kecuali atas kehendak Kerajaan Malaysia atau Kerajaan sesuatu Negeri, atau atas kehendak sesuatu pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun lain, atau kecuali dengan terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis Pendakwa Raya. |
Kuasa untuk
memintas
perhubungan. |
39. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, Pendakwa Raya, jika dia berpendapat bahawa ia mungkin mengandungi apa-apa maklumat yang relevan bagi maksud apa-apa penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, boleh, atas permohonan seseorang pegawai Badan yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, memberi kuasa mana-mana pegawai Badan- (a) untuk memintas, menahan dan membuka apa- apa barang pos dalam masa penghantarannya melalui pos; (b) memintas apa-apa perutusan yang dihantar atau diterima melalui apa-apa telekomunikasi; atau (c) memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui apa-apa telekomunikasi. (2) Jika mana-mana orang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh pegawai Badan menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam perbicaraannya. (3) Sesuatu pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis. (4) Sesuatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seseorang pegawai Badan menurut subseksyen (1) telah diberi kuasa olehnya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya. (5) Tiada seorang pun mempunyai kewajipan, obligasi atau tanggungan, atau dengan apa-apa jua cara boleh dipaksa, untuk mendedahkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, cara atau jalan, atau apa-apa perkara yang berhubungan dengannya, bagi apa-apa jua yang dilakukan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (c). |
Akta 465.
Akta 20. |
(6) Bagi maksud seksyen ini- "barang pos" mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Perkhidmatan Pos 1991; "telekomunikasi" mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Telekomunikasi 1950. |
Penyerahan
dokumen
perjalanan. |
40. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Pendakwa Raya boleh, jika dia ada alasan untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang menjadi subjek penyiasatan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang disyaki telah dilakukan olehnya mungkin meninggalkan Malaysia, dengan notis bertulis menghendaki orang itu supaya menyerahkan perakuan pengenalan, pasport atau permit keluarnya, atau apa-apa dokumen perjalanan yang lain dalam milikannya. (2) Notis di bawah subsekyen (1) hendaklah disampaikan secara ke diri pada orang yang kepadanya ia dialamatkan. (3) Seseorang yang padanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu dengan segera, dan jika tidak dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan Majistret. (4) Jika seseorang dibawa ke hadapan seseorang Majistret di bawah subseksyen (3), Majistret itu hendaklah, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati Majistret itu bahawa dia tidak memiliki dokumen perjalanan, dengan waran mengkomitkannya ke penjara- (a) sehingga tamat tempoh empat belas hari dari tarikh pengkomitannya; atau (b) sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. (5) Bagi maksud subseksyen (4), suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu sudah mematuhi notis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi waran yang mencukupi untuk Penguasa Penjara melepaskan orang itu. (6) Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan, seseorang pegawai Badan, seseorang pegawai awam atau mana-mana orang lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini. |
Kuasa
Pendakwa
Raya untuk
meminda atau
membatalkan
apa-apa
perintah atau
notis di
bawah Akta
ini. |
41. (1) Pendakwa Raya boleh pada bila-bila masa meminda atau membatalkan mana-mana perintah atau notis yang telah dibuat atau diberikan olehnya pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya di bawah Akta ini, tetapi apa-apa pembatalan sedemikian tidaklah menjadi galangan untuk pembuatan apa-apa perintah baru atau pemberian notis baru pada menjalankan kuasa itu atau mana-mana kuasa lain yang diberikan kepada Pendakwa Raya di bawah Akta ini, pada ila-bila masa selepas itu, terhadap mana-mana orang yang baginya perintah atau notis yang terdahulu terpakai atau berkenaan dengan apa-apa perkara yang disentuh oleh perintah atau notis yang terdahulu itu. (2) Sesuatu pembatalan atau pindaan sesuatu perintah atau notis di bawah subseksyen (1) boleh mengandungi peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berbangkit, bersampingan atau berkaitan dengan pembatalan atau pindaan itu. |
|
|
|
|
|
|