Pengenalan

Bahagian I

Bahagian III

Bahagian V Bahagian VII

Susunan Seksyen

Bahagian II

Bahagian IV Bahagian VI Bahagian VIII
Bahagian IV
BAHAGIAN IV PENYIASATAN, PEMERIKSAAN DAN PENGGELEDAHAN,
PENYITAAN DAN PENANGKAPAN


Kuasa untuk
menyiasat
aduan dan
maklumat.
21. (1) Tiap-tiap aduan yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dibuat secara lisan atau bertulis kepada seorang pegawai Badan, dan jika dibuat secara lisan, aduan itu hendaklah diubah ke dalam bentuk bertulis dan dibacakan kepada orang yang membuat aduan itu; dan tiap-tiap aduan, sama ada bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis, hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuat aduan itu. (2) Tiap-tiap aduan, sama ada yang bertulis atau diubah ke dalam bentuk bertulis, hendaklah dicatatkan dalam suatu buku yang disimpan di pejabat Badan dan hendaklah dilampirkan pada catatan itu tarikh dan masa aduan itu dibuat.







N.M.B.
Bab 6.
(3) Jika seseorang pegawai Badan mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini berikutan dengan suatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau maklumat yang diterima selainnya olehnya, dia hendaklah menyebabkan penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu boleh menjalankan segala kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan Kanun Tatacara Jenayah. (4) Sesuatu aduan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana orang kepada mana-mana orang selain pegawai-pegawai Badan dan Pendakwa Raya sehinggalah orang tertuduh dipertuduh di mahkamah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang- undang bertulis lain berbangkit daripada aduan itu. (5) Suatu salinan, yang diperakui oleh seorang pegawai Badan yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, bagi catatan di bawah subseksyen (2) tentang sesuatu aduan di bawah subseksyen (1), boleh diterima sebagai keterangan kandungan asal aduan itu dan masa, tempat dan cara aduan itu direkodkan.

Kuasa untuk
memeriksa
orang.
22. (1) Seseorang pegawai Badan yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh- (a) memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; (b) memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinan diperakuinya, atau apa-apa benda lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; atau (c) dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang memberikan pernyataan bertulis yang dibuat dengan bersumpah atau berikrar yang menyatakan dalamnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu, iaitu maklumat yang, pada pendapat pegawai itu, akan dapat membantu dalam penyiasatan kesalahan itu. (2) Perenggan (1) (b) tidaklah terpakai bagi buku jurubank. (3) Seseorang yang kepadanya suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) telah diberikan hendaklah- (a) hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir dari hari ke hari jika diarahkan sedemikian sehingga pemeriksaan itu selesai; dan (b) semasa pemeriksaan itu, mendedahkan segala maklumat yang diketahuinya, atau yang tersedia untuknya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia diperiksa, dan menjawab dengan benar dan setakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah. (4) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1) (b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan apa-apa buku, dokumen, atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu. (5) Seseorang yang telah diberi suatu notis bertulis di bawah perenggan (1)(c) hendaklah, dalam pernyataannya, memberikan dan mendedahkan dengan sebenarnya segala maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang diketahuinya atau yang tersedia untuknya, atau yang dapat diperoleh olehnya, dan tidak boleh enggan memberikan atau mendedahkan maklumat itu atas alasan bahawa maklumat itu dapat menunjukkan bahawa dia atau isteri atau suaminya bersalah. (6) Seseorang yang telah diberi suatu perintah atau notis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah atau notis itu, dan subseksyen (3), (4) dan (5), walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan. (7) Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang menurut subseksyen (1), (3) dan (5), baik orang yang mula-mula disebut itu mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihaknya atau atas arahannya atau yang sebagai ejen atau pekerjanya orang yang mula-mula disebut itu bertindak tidak boleh, oleh sebab pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan, kecuali pendakwaan atas kesalahan di bawah seksyen 19, atas apa-apa kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis, atau dikenakan apa- apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang atau di bawah atau menurut kuasa apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya. (8) Seseorang pegawai Badan yang memeriksa seseorang di bawah perenggan (1) (a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang itu dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah dibacakan kepada dan ditandatangani oleh orang itu, dan jika orang itu enggan menandatangani rekod itu, pegawai itu hendaklah mencatatkan pada rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab- sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu. (9) Rekod sesuatu pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau sesuatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), atau apa-apa buku, dokumen atau barang yang dikemukakan di bawah perenggan (1)(b) atau selainnya semasa pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a), atau di bawah suatu pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(c), hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mana- mana mahkamah- (a) bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini; (b) bagi pelucuthakan harta menurut seksyen 36 atau 37, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang diperiksa, atau yang mengemukakan buku, dokumen atau barang itu, atau yang membuat pernyataan bertulis dengan bersumpah atau berikrar itu, atau terhadap mana- mana orang lain. (10) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Kuasa untuk
memeriksa dan
menggeledah
dan menyita.
23. (1) Bilamana ternyata pada Pendakwa Raya berdasarkan maklumat, dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di mana-mana tempat ada apa- apa keterangan tentang pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dengan perintah bertulis mengarahkan seseorang pegawai Badan supaya- (a) memasuki mana-mana premis dan di situ mencari, menyita dan mengambil milik apa-apa buku, dokumen atau barang lain; (b) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku, rekod atau dokumen; (c) memeriksa mana-mana orang yang ada dalam atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa barang yang dijumpai pada orang itu; (d) memecah buka, meneliti dan menggeledah apa- apa barang, bekas atau bejana; atau (e) memberhentikan, menggeledah dan menyita apa- apa kenderaan. (2) Bilamana perlu berbuat demikian, seseorang pegawai Badan yang menjalankan apa-apa kuasa di bawah subseksyen (1) boleh- (a) memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalamnya, atau selainnya masuk dengan kekerasan ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya; (b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; atau (c) menahan mana-mana orang yang ditemui dalam atau di mana-mana premis, atau dalam mana- mana kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehingga premis atau kenderaan itu selesai digeledah. (3) Bilamana didapati oleh seseorang pegawai Badan bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa ada tersembunyi atau disimpan di mana-mana tempat apa-apa keterangan pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan pegawai itu mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh perintah bertulis Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) matlamat penggeledahan mungkin terkecewa, dia boleh menjalankan, dalam dan berkenaan dengan tempat itu, segala kuasa yang tersebut dalam subseksyen (1) dan (2) seolah-olah dia telah diarahkan supaya berbuat demikian oleh perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1). (4) Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 22 kecuali oleh orang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa.

Terjemahan.
24. (1) Jika seseorang pegawai Badan menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku atau dokumen pada menjalankan apa-apa kuasa di bawah Akta ini, dan buku atau dokumen itu atau mana-mana bahagiannya adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, pegawai itu boleh menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal buku atau dokumen itu supaya memberi pegawai itu terjemahan dalam bahasa kebangsaan bagi buku atau dokumen itu dalam tempoh yang, pada pendapat pegawai itu, munasabah setelah mengambil kira panjang buku atau dokumen itu, atau hal keadaan yang berhubungan dengannya. (2) Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang tidak betul, tepat dan benar, atau dengan disedarinya membuat terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak betul, tepat dan benar. (3) Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan terjemahan di bawah subseksyen (1) bukanlah orang yang disyaki melakukan kesalahan yang sedang disiasat itu, Badan boleh membayar balik kepada orang itu apa-apa belanja yang munasabah yang telah dilakukan olehnya pada memberikan terjemahan itu.

Penyitaan
Harta Alih
25. (1) Semasa penyiasatan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini apa-apa harta alih, yang mana-mana pegawai Badan yang berpangkat Penyiasat atau yang lebih tinggi mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki menjadi hal perkara sesuatu kesalahan atau menjadi keterangan yang berhubungan dengan kesalahan itu, boleh disita. (2) Suatu senarai segala harta alih yang disita menurut subseksyen (1) dan tempat masing-masing harta itu dijumpai hendaklah disediakan oleh pegawai Badan yang melaksanakan penyitaan itu dan ditandatangani olehnya. (3) Suatu salinan senarai yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disampaikan dengan seberapa segera yang mungkin pada pemunya harta itu atau orang yang daripadanya harta itu disita. (4) Jika apa-apa harta alih yang boleh disita di bawah subseksyen (2) berada dalam milikan, jagaan atau kawalan suatu bank, subseksyen (1), (2) dan (3) tidaklah terpakai baginya dan penyitaan hendaklah dilaksanakan mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen 33.

Peruntukan
lanjut
berhubungan
dengan
penyitaan
harta alih.
26. (1) Jika apa-apa harta alih disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan dengan memindahkan harta alih itu daripada milikan, jagaan atau kawalan orang yang daripadanya harta itu disita dan meletakkannya di bawah jagaan mana-mana orang atau pihak berkuasa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seorang pegawai Badan yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi. (2) Jika tidak praktik, atau selainnya tidak wajar, untuk melaksanakan pemindahan apa-apa harta alih di bawah subseksyen (1), pegawai yang disebut dalam subseksyen itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu disita di bawah jagaan mana-mana orang yang ditugaskannya bagi maksud itu. (3) Walau apa pun subseksyen (1), jika mana-mana harta alih, termasuk apa-apa harta alih yang disebut dalam subseksyen (6), telah disita di bawah Akta ini, seseorang pegawai Badan yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, selain pegawai yang melaksanakan penyitaan itu, boleh mengikut budi bicaranya- (a) memulangkan buat sementara harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan, dan tertakluk, bagaimanapun, kepada pemberian jaminan yang mencukupi untuk memastikan bahawa harta alih itu akan diserahkan apabila tuntutan dibuat oleh pegawai yang membenarkan pelepasan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi; (b) memulangkan harta alih itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya, dengan memberikan kebebasan kepada orang yang kepadanya harta itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskan harta itu, dan pemulangan itu dijadikan tertakluk kepada pemberian jaminan yang amaunnya tidak kurang daripada amaun yang merupakan nilai pasaran terbuka harta itu pada tarikh harta itu dipulangkan. (4) Jika mana-mana orang yang kepadanya harta alih dipulangkan buat sementara di bawah perenggan (3)(a) tidak menyerahkan harta itu apabila dituntut atau tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan itu- (a) jaminan yang diberikan berkenaan dengan harta itu hendaklah terlucuthak; dan (b) orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda amaun jaminan yang diberikan olehnya, dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. (5) Jika suatu perintah pelucuthakan dibuat oleh mahkamah berkenaan dengan harta yang dipulangkan di bawah perenggan (3)(b), pelucuthakan itu hendaklah dilaksanakan dengan melucuthakkan jaminan yang diberikan oleh orang yang kepadanya harta itu dipulangkan. (6) Jika apa-apa harta alih yang disita di bawah Akta ini terdiri daripada wang, syer, sekuriti, saham, debentur atau apa-apa hak dalam tindakan, yang berada dalam milikan atau di bawah jagaan atau kawalan mana- mana orang selain orang yang terhadapnya pendakwaan akan dibuat, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai Badan yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi yang menyampaikan pada orang itu suatu perintah- (a) yang melarang orang itu menggunakan, memindahkan, atau membuat urusan tentang harta itu; atau (b) menghendaki orang itu menyerahkan harta itu kepada seorang pegawai Badan yang berpangkat Penolong Penguasa atau yang lebih tinggi mengikut cara dan dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu. (7) Jika apa-apa harta alih yang disita ialah suatu yang mudah reput atau menjadi rosak, atau merupakan harta yang tidak dapat disenggara tanpa kesukaran, atau yang tidak praktik untuk disenggara dan tidak dapat diuruskan di bawah subseksyen (3), maka seorang pegawai Badan yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi boleh menjual atau menyebabkan dijual harta itu dan hendaklah memegang hasil jualan itu, selepas ditolak daripadanya kos dan belanja penyenggaraan dan penjualan harta itu, untuk menanti keputusan apa-apa prosiding di bawah Akta ini.

Peguambela dan
peguamcara
boleh
dikehendaki
mendedahkan
maklumat.
27. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, seseorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya berhubungan dengan sesuatu penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, memerintahkan seseorang peguambela dan peguamcara supaya mendedahkan maklumat yang boleh didapati olehnya berkenaan dengan apa-apa transaksi atau urusan yang berhubungan dengan apa-apa harta yang boleh disita di bawah Akta ini. (2) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menghendaki seseorang peguambela dan peguamcara mematuhi apa-apa perintah di bawah subseksyen itu sehinggakan pematuhan itu akan mendedahkan apa-apa maklumat atau komunikasi terlindung yang sampai kepada pengetahuannya bagi maksud apa-apa prosiding yang belum selesai.

Obligasi di sisi
undang-undang
untuk
memberikan
maklumat.
28. Tertakluk kepada apa-apa batasan yang diperuntukkan di bawah Akta ini, tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawai Badan atau seseorang pegawai polis supaya memberikan apa-apa maklumat tentang apa-apa perkara yang menjadi kewajipan pegawai itu untuk menyiasatnya di bawah Akta ini dan yang orang itu berkuasa memberikannya, hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat itu.

Menghalang
pemeriksaan
dan
penggeledahan.
29. Mana-mana orang yang- (a) enggan memberi mana-mana pegawai Badan akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini; (b) menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan pegawai Badan dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini; (c) tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah seseorang pegawai Badan dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini; (d) tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai Badan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya; (e) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang pegawai Badan apa-apa buku, dokumen, atau barang, yang berhubungan dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan, atau yang boleh disita di bawah Akta ini; (f) mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya; atau (g) memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau penahanan benda itu, adalah melakukan suatu kesalahan.

Kesalahan
di bawah Akta
menjadi
kesalahan boleh
tangkap dan
kuasa pegawai
Badan
berhubungan
dengan
penyiasatan.
N.M.B.
Bab 6.
30. (1) Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu Kesalahan boleh tangkap bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah. (2) Tiap-tiap orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) boleh dilepaskan daripada jagaan- (a) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Badan; (b) apabila dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Badan; atau (c) apabila dia mendepositkan apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Badan dan dia menyempurnakan suatu bon, dengan atau tanpa penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh seorang pegawai Badan. (3) Mana-mana orang yang telah dilepaskan daripada jagaan di bawah subseksyen (2) boleh ditangkap semula tanpa waran oleh mana-mana pegawai Badan- (a) jika pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana- mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar; atau (b) apabila diberitahu secara bertulis oleh penjamin orang itu bahawa orang itu mungkin melanggar mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan dan bahawa penjamin itu hendak dibebaskan daripada obligasinya sebagai penjamin. (4) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (3) dan tidak dilepaskan hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan dalam apa-apa hal dalam masa dua puluh empat jam ( tidak termasuk masa bagi apa-apa perjalanan yang perlu ) dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret dan jika didapati oleh Mahkamah itu bahawa mana-mana syarat yang berdasarkannya atau yang tertakluk kepadanya orang itu telah dilepaskan atau selainnya dibenarkan dijamin telah atau mungkin dilanggar, Mahkamah itu boleh- (a) mereman orang itu dalam jagaan; atau (b) membenarkan orang itu dijamin atas syarat yang sama atau atas syarat yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut. (5) Jika seseorang yang ditangkap kerana sesuatu kesalahan di bawah Akta ini sedang menjalani hukuman pemenjaraan atau sedang ditahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada dalam jagaan yang sah, dia hendaklah, apabila diperintahkan oleh seseorang pegawai Badan yang berpangkat Penguasa atau yang lebih tinggi, dikemukakan di hadapan pegawai itu atau di hadapan mana-mana pegawai lain Badan bagi maksud penyiasatan, dan bagi maksud itu dia boleh diletakkan dalam jagaan sah selama tempoh yang tidak melebihi empat belas hari. (6) Seseorang yang ditahan dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (5) atau selainnya di bawah mana- mana undang-undang bertulis lain boleh, pada bila-bila masa, dijadikan tersedia untuk seseorang pegawai Badan bagi maksud penyiasatan, atau boleh dibawa ke mana- mana tempat lain bagi maksud penggeledahan tempat itu, atau penyitaan apa-apa harta, atau pengenalpastian mana-mana orang atau bagi apa-apa maksud lain yang berhubungan dengan penyiasatan itu. (7) Tempoh seseorang berada dalam jagaan yang sah di bawah subseksyen (6) hendaklah dikira dalam mengira tempoh pemenjaraan, penahanan atau jagaan lainnya.