BAHAGIAN III KESALAHAN DAN PENALTI
Kesalahan
menyetuju-
terima
suapan.
10. Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau
bersama dengan mana-mana orang lain-
(a) secara rasuah meminta atau menerima atau
bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi
mana-mana orang lain; atau
(b) secara rasuah memberikan, menjanjikan atau
menawarkan kepada mana-mana orang sama ada
bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang
lain,
apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi,
atau selainnnya oleh sebab-
(aa) mana-mana orang melakukan atau tidak
melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-
apa perkara atau transaksi, sama ada yang
sebenar atau yang dicadangkan atau yang
mungkin berlaku; atau
(bb) mana-mana pegawai sesuatu badan awam
melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua
berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi,
sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan
atau yang mungkin berlaku, yang dengannya
badan awam itu terlibat,
adalah melakukan suatu kesalahan.
Kesalahan
memberikan
atau
menyetuju-
terima suapan
oleh ejen.
11. Jika-
(a) mana-mana ejen secara rasuah menyetuju-terima
atau memperoleh, atau bersetuju untuk
menyetuju-terima atau cuba untuk memperoleh,
daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri
atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan
sebagai suatu dorongan atau upah bagi
melakukan atau tidak melakukan, atau kerana
telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa
perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau
perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan
atau tidak memberikan sokongan atau tentangan
kepada mana-mana orang berhubungan dengan
hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya;
(b) mana-mana orang secara rasuah memberikan
atau bersetuju untuk memberikan atau
menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana
ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan
atau tidak melakukan, atau kerana telah
melakukan atau tidak melakukan apa-apa
perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau
perniagaan prinsipalnya, atau bagi memberikan
atau tidak memberikan sokongan atau tentangan
kepada mana-mana orang berhubungan dengan
hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya; atau
(c) mana-mana orang dengan disedarinya memberi
seseorang ejen, atau jika seseorang ejen dengan
disedarinya menggunakan, dengan niat hendak
memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit,
akaun atau dokumen lain yang berkenaan
dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan,
dan yang mengandungi apa-apa pernyataan yang
palsu atau silap atau tidak lengkap tentang
apa-apa butir matan dan yang, pada
pengetahuannya, adalah dimaksudkan untuk
mengelirukan prinsipalnya.
dia adalah melakukan suatu kesalahan.
Penerima
atau pemberi
suapan
adalah
bersalah
walaupun
maksud tidak
terlaksana
atau perkara
tidak ada
hubungan
dengan hal-
ehwal atau
perniagaan
prinsipal.
12. (1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-
mana ejen bagi apa-apa kesalahan di bawah perenggan
11(a) adalah dibuktikan bahawa dia telah secara rasuah
menyetuju-terima, memperoleh atau bersetuju untuk
menyetuju-terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa
suapan sedangkan dia ada sebab untuk mempercayai atau
mengesyaki bahawa suapan itu telah ditawarkan sebagai
suatu dorongan atau upah supaya dia melakukan atau
tidak melakukan apa-apa perbuatan atau supaya dia
memberikan atau tidak memberikan apa-apa sokongan
atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan
dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya, ejen itu
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah perenggan
itu walaupun-
(a) dia tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang
untuk berbuat demikian, untuk memberikan yang
sedemikian atau untuk tidak memberikan yang
sedemikian;
(b) dia telah menerima suapan itu tanpa niat untuk
berbuat demikian, untuk memberikan yang
sedemikian atau untuk tidak memberikan yang
sedemikian;
(c) dia telah tidak sebenarnya berbuat demikian,
memberikan yang sedemikian atau tidak
memberikan yang sedemikian; atau
(d) perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak
ada hubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan
prinsipalnya.
(2) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-
mana orang bagi apa-apa kesalahan di bawah perenggan
11(b) adalah dibuktikan bahawa dia telah secara rasuah
memberikan, bersetuju untuk memberikan, atau
menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana ejen
sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak
melakukan apa-apa perbuatan atau bagi memberikan atau
tidak memberikan apa-apa sokongan atau tentangan kepada
mana-mana orang kerana dia ada sebab untuk mempercayai
atau mengesyaki bahawa ejen itu mempunyai kuasa, hak
atau peluang untuk berbuat demikian atau untuk
memberikan yang sedemikian atau tidak memberikan yang
sedemikian dan bahawa perbuatan, sokongan atau
tentangan itu adalah berhubungan dengan hal-ehwal atau
perniagaan prinsipalnya, dia adalah melakukan suatu
kesalahan di bawah perenggan itu walaupun ejen itu tidak
mempunyai kuasa, hak atau peluang atau bahawa
perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak ada
hubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya.
Secara rasuah
mendapatkan
penarikan
balik tender.
13. Seseorang-
(a) yang, dengan niat untuk memperoleh suatu
kontrak daripada mana-mana badan awam bagi
melaksanakan apa-apa kerja, mengadakan apa-
apa perkhidmatan, melakukan apa-apa jua, atau
membekalkan apa-apa barang, bahan atau benda,
menawarkan apa-apa suapan kepada mana-mana
orang yang telah membuat suatu tender untuk
mendapatkan kontrak itu, sebagai suatu dorongan
atau upah bagi orang itu menarik balik tendernya
itu; atau
(b) yang meminta atau menyetuju-terima apa-apa
suapan sebagai suatu dorongan atau upah baginya
menarik balik suatu tender yang telah dibuat
olehnya untuk mendapatkan kontrak itu,
adalah melakukan suatu kesalahan.
Penyogokan
Pegawai
Badan Awam.
14. Mana-mana orang yang menawarkan kepada
seseorang pegawai mana-mana badan awam, atau, sebagai
seorang pegawai mana-mana badan awam, meminta atau
menyetuju-terima, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan
atau upah supaya-
(a) pegawai itu mengundi atau tidak mengundi dalam
mana-mana mesyuarat badan awam itu bagi
menyokong atau menentang apa-apa langkah,
ketetapan atau soal yang dikemukakan kepada
badan awam itu;
(b) pegawai itu melaksanakan atau tidak
melaksanakan atau membantu dalam mendapatkan,
mencepatkan, melambatkan, merintangi atau
menghalang pelaksanaan, apa-apa perbuatan
rasmi;
(c) pegawai itu membantu dalam mendapatkan atau
menghalang pelulusan apa-apa undi atau
pemberian apa-apa kontrak atau faedah untuk
mana-mana orang; atau
(d) pegawai itu memberikan atau tidak memberikan
apa-apa sokongan atau tentangan atas sifatnya
sebagai pegawai sedemikian,
adalah melakukan suatu kesalahan walaupun pegawai itu
tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat
demikian, untuk memberikan yang sedemikian atau untuk
tidak memberikan yang sedemikian, atau walaupun
dorongan atau upah itu tidak ada hubungan dengan hal-
ehwal badan awam itu.
Kesalahan
menggunakan
jawatan atau
kedudukan
untuk
mendapat
suapan.
15. (1) Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan
jawatan atau kedudukannya untuk mendapat apa-apa
suapan adalah melakukan suatu kesalahan.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai
badan awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya
dibuktikan, telah menggunakan jawatan atau kedudukannya
untuk mendapat suapan apabila dia membuat apa-apa
keputusan, atau mengambil apa-apa tindakan, berhubungan
dengan apa-apa perkara yang mengenainya pegawai itu,
atau mana-mana saudara atau sekutunya, mempunyai
kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
(3) Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan
bahawa, bagi maksud subseksyen (1), mana-mana anggota
pentadbiran sesuatu Negeri hendaklah disifatkan telah
menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapat
suapan jika dia bertindak bertentangan dengan subseksyen
2(8) Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan
atau peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan
atau Undang-Undang Tubuh Negeri itu.
(4) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi seseorang
pegawai yang memegang jawatan dalam sesuatu badan
awam sebagai wakil suatu badan awam lain yang
mempunyai kawalan atau kawalan separa atas badan awam
yang mula-mula disebut itu berkenaan dengan apa-apa
perkara atau benda yang dilakukan atas sifatnya sebagai
wakil sedemikian bagi kepentingan atau faedah badan
awam yang satu lagi itu.
Penalti bagi
kesalahan
di bawah
seksyen 10,
11, 13, 14
dan 15.
16. Mana-mana orang yang didapati bersalah atas suatu
kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 boleh
apabila disabitkan-
(a) dipenjarakan selama tempoh tidak kurang
daripada empat belas hari dan tidak lebih
daripada dua puluh tahun; dan
(b) didenda tidak kurang daripada lima kali ganda
jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal
perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat
dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu
ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kewajipan
untuk
melaporkan
transaksi
penyogokan.
17. (1) Mana-mana pegawai badan awam yang diberi,
dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan
melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah
melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta
dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan,
menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya
kepada pegawai Badan atau pegawai polis yang paling
hampir.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen
(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(3) Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah
diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah
dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar
mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang
mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan,
atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta
dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika
diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh,
atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada
pegawai Badan atau pegawai polis yang paling hampir.
(4) Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang
munasabah, mematuhi subseksyen (3) adalah melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya.
Berurusan
tentang,
menggunakan,
memegang,
menerima atau
menyembunyikan
suapan atau
faedah
berhubungan
dengan apa-apa
kesalahan.
18. Mana-mana orang yang, sama ada di dalam atau di
luar Malaysia, sama ada secara langsung atau tidak
langsung, sama ada bagi pihak dirinya sendiri atau bagi
pihak mana-mana orang lain, membuat atau menyebabkan
dibuat apa-apa urusan berhubungan dengan apa-apa harta,
atau selainnya menggunakan atau menyebabkan digunakan,
atau memegang, menerima atau menyembunyikan apa-apa
harta atau mana-mana bahagiannya yang menjadi hal
perkara suatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11,
13, 14 atau 15 adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Pembuatan
pernyataan
yang palsu atau
mengelirukan,
dsb., kepada
pegawai Badan
atau
Pendakwa Raya.
19. (1) Jika mana-mana orang membuat atau menyebabkan
mana-mana orang membuat kepada seseorang pegawai
Badan atau Pendakwa Raya, semasa pegawai itu atau
Pendakwa Raya menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan
oleh Akta ini, apa-apa pernyataan yang diketahui oleh
orang yang membuat pernyataan itu, atau yang menyebabkan
pernyataan itu dibuat-
(a) adalah palsu atau dimaksudkan untuk
mengelirukan; atau
(b) tidak selaras dengan apa-apa pernyataan lain
yang dibuat sebelum itu oleh orang itu kepada
mana-mana orang yang mempunyai kuasa atau
wenang di bawah mana-mana undang-undang,
atau selainnya, untuk menerima, atau
menghendaki supaya dibuat, pernyataan lain itu
tidak kira sama ada atau tidak orang yang
membuat pernyataan itu mempunyai apa-apa
obligasi di sisi undang-undang atau obligasi
lain untuk menyatakan yang benar,
dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(2) Jika mana-mana orang, yang telah membuat sesuatu
pernyataan kepada seorang pegawai Badan atau kepada
Pendakwa Raya, semasa pegawai itu atau Pendakwa Raya
menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Akta
ini, kemudiannya membuat apa-apa pernyataan lain kepada
mana-mana orang yang mempunyai kuasa atau wenang
di bawah mana-mana undang-undang, atau selainnya, untuk
menerima, atau menghendaki supaya dibuat, pernyataan
lain itu, tidak kira sama ada atau tidak orang yang
membuat pernyataan itu mempunyai obligasi di sisi
undang-undang atau obligasi lain untuk menyatakan yang
benar, dia adalah, jika pernyataan yang lain itu tidak
selaras dengan apa-apa pernyataan yang dibuat sebelumnya
kepada mana-mana pegawai Badan atau Pendakwa Raya,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun
atau kedua-duanya.
(3) Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan
bahawa bagi maksud perenggan (1) (b) dan subseksyen
(2), apa-apa pernyataan yang dibuat dalam apa-apa
prosiding undang-undang di hadapan mana-mana mahkamah,
sama ada sivil atau jenayah, atau apa-apa pernyataan
yang dibuat oleh mana-mana orang dalam apa-apa
prosiding tatatertib, sama ada prosiding undang-undang
atau prosiding tatatertib itu adalah terhadap orang
yang membuat pernyataan itu atau terhadap mana-mana
orang lain, hendaklah disifatkan sebagai suatu
pernyataan yang dibuat kepada seorang yang mempunyai
kuasa atau wenang di bawah undang-undang untuk menerima
pernyataan yang dibuat sedemikian.
Percubaan,
persediaan,
persubahatan
dan komplot
jenayah boleh
dihukum
sebagaimana
kesalahan.
20. (1) Mana-mana orang yang-
(a) cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini;
(b) melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan
untuk atau untuk menggalakkan pelakuan apa-apa
kesalahan di bawah Akta ini; atau
(c) bersubahat, atau terlibat dalam komplot jenayah,
untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini,
adalah melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan
boleh dikenakan hukuman yang sama sebagaimana yang
diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2) Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengandungi
sebutan tentang sesuatu kesalahan di bawah mana-mana
peruntukan khusus Akta ini hendaklah dibaca sebagai
termasuk sebutan tentang suatu kesalahan di bawah
subseksyen (1) berhubungan dengan kesalahan di bawah
peruntukan khusus itu.
Akta 574 (3) Perenggan (1) (a) tidaklah terpakai jika suatu
percubaan untuk melakukan sesuatu perbuatan dijadikan
dengan nyata suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan
perenggan (1) (c) tidaklah terpakai bagi kes sesuatu
persubahatan suatu kesalahan sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah seksyen 164 Kanun Keseksaan. |