Tarikh English Version | Laman Utama | E-Mel | Peta Laman | Log Masuk
 
Perutusan
Ketua Pengarah BPR
Y. Bhg. Datuk Seri Panglima
Hj. Ahmad Said bin Hamdan
 


 
Hubungi Kami
Ibu Pejabat
Badan Pencegah Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya
MALAYSIA
Tel : 03 8886 7000
Fax : 03 8888 9489
info@bpr.gov.my
 



PERUTUSAN KETUA PENGARAH BADAN PENCEGAH RASUAH MALAYSIA
Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditubuhkan pada 1 Oktober 1967 yang mempunyai objektif khusus untuk membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan secara berterusan. Tindakan pembanterasan rasuah dilaksanakan mengikut peruntukan perundangan sedia ada dan dibuat without fear or favour tanpa mengira latarbelakang dan kedudukan individu berkenaan.

Fungsi dan peranan BPR dalam menangani jenayah ini dilaksanakan melalui pendekatan serampang tiga mata iaitu tindakan punitif, pendidikan masyarakat dan khidmat rundingan. Tindakan ini merupakan tindakan berterusan, memerlukan perancangan rapi, masa dan sokongan semua lapisan masyarakat untuk mencapai kejayaan.

Tindakan ini didokong oleh iltizam dari kepimpinan dan budaya kerja yang berlandaskan kepada konsep bersih, cekap dan amanah yang merupakan perkara asas dalam memastikan hasrat untuk membentuk sebuah negara yang bebas dari rasuah tercapai. Segala usaha dan pendekatan yang digunakan ini akan dapat membendung amalan rasuah dan seterusnya menjadikan Malaysia model kepada negara-negara lain sebagai sebuah negara yang berjaya menangani rasuah dengan berkesan.

Portal ini diharap dapat memberikan maklumat umum kepada orang ramai berhubung dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan amnya dan BPR khususnya dalam membanteras jenayah rasuah. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung portal ini.

Selamat melayari portal BPR ini.