- Datang sendiri ke mana-mana Pejabat BPR terdekat
|
- Telefon BPR talian biasa atau talian bebas tol 1-800-88-6000
|
- Hubungi mana-mana pegawai BPR
|
| KEWAJIPAN MELAPORKAN PERBUATAN RASUAH |
Mana-mana pegawai badan awam yang diberi, dijanjikan,
atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana
peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997 hendaklah melaporkan
pemberian, janji atau tawaran itu, beserta dengan nama,
jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau
menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai BPR atau
pegawai Polis yang paling hampir.
Seksyen 17(1) APR 1997
Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta
atau diperoleh,atau suatu percubaan telah dibuat untuk
memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan
Akta Pencegahan Rasuah 1997, hendaklah seawal yang mungkin
selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau
percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan
perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui,
nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cubamemperoleh,
suapan daripadanya itu kepada pegawai BPR atau pegawai
Polis yang paling hampir.
Seksyen 17(3) APR 1997 |